Wednesday, August 29, 2012

Izz dan masakan ayah

Izz: Ibu, lauk ini sedaplah. Abang tambah nasi.
Ibu : Lauk itu ayah yang masak.
Izz: Ayak masak? Sedaplah ayah masak.
Ibu : Nanti abang pujilah ayah.
Izz : Ya. Abang akan puji ayah.

Ibu : Cakap kepada ayah- Ayah masak sedap. Abang berselera makan.
Izz : Abang akan cakap yang hebat dari itu.
Ibu : Ya?
Izz berjumpa ayah selepas selesai makan.
Izz : Ayah, ayah sediakan makanan yang terbaik. Abang makan sampai 5 kali tambah. Hehehe! Abang gurau saja. Abang tambah 2 kali. Sedap!
Ayah: (Ayah pandang ibu. Ayah senyum malu-malu.)
Ibu : (Tersengih sambil pandang ayah).

Monday, August 27, 2012

Izz dan tudung ibu

Izz: Ibu, baju itu padan dengan tudung ini.
Ibu : Ya? Kalau tudung ini pula?
Izz : Tidak padanlah,ibu. Ibu hendak pergi mana?
Ibu : Ibu mahu pakai esok. Ibu hendak pilih baju sesuai untuk tudung ini.
Izz : Oh! Ibu hendak nampak cantiklah,ya.
Ibu : Hehehe!
Izz : Ibu, kalau anak murid ibu kata, "Cantiknya cikgu.", ibu jangan percaya,ya. Mereka mahu perli kalau nada suara begitu.
Ibu : Ya? Ibu tidak kisah.
Izz : Kalau abang cakap cantik, abang memang cakap benar. Pada abang, ibu ialah ibu yang paling cantik. Ibu , ibu abang.
Ibu : Hehehe! Ok. Ibu pilih baju ini.
Izz : Betul ibu? Yeaaaa...ibu pilih baju yang abang cakap cantik.

Saturday, August 25, 2012

Izz dan ibu kucing

Izz : Ibu, Tompok (ibu kucing) sudah keluar pagar rumah.
Ibu : Biarlah Tompok. Dia akan balik nanti.
Izz : Anak-anak dia macamana?
Ibu : Tompok akan balik. Tompok tidak akan tinggalkan anak-anaknya. Bukan macam manusia. Ada manusia sanggup tinggalkan anak-anak sendiri.
Izz: Ibu tidak akan tinggalkan abang,kan? (Sambil memeluk belakang ibu yang sedang membasih pinggan di sinki)
Ibu : Ibu tidak akan tinggalkan abang.
Izz : Abang tahu. Ibu kan ibu yang soleh. Ibulah ibu yang terbaik di dunia.
Ibu : (Tersengih sampai ke telinga) Dalam hati :Manis mulut betul anak terunaku ini.

Monday, August 13, 2012

Izz mengalahkan orang dewasa

Izz: Ibu, ayah kata ayah akan beri abang ganjaran.
Ibu : Kenapa?
Izz : Sebab abang puasa.
Ibu : Baguslah!
Izz : Ibu, abang mahu puasa penuh tetapi abang tidak mahu ganjaran.
Ibu : Kenapa?
Izz : Puasa tidak perlukan ganjaran, ibu.
Ibu : Ya! Abang puasa kerana Allah. Ibu tahu itu. Allah pun bagi ganjaran pahala. Tiada salahnya ayah beri ganjaran kepada abang. Itu tanda ayah gembira anak ayah puasa.

Izz : Ya,ibu?
Ibu : Ya.
Izz : Ibu, tadi abang sakit perut sangat tapi abang tahan juga. Abang tidak mahu buka puasa.
Ibu : Abang, kalau abang tidak tahan sakit, abang buka puasa.
Izz : Abang sakit perut tapi abang boleh tahanlah,ibu.
Ibu : Sebenarnya ibu kagum dengan abang. Abang mempunyai semangat yang kuat untuk berpuasa. Semangat abang lebih tinggi dan mengalahkan sesetengah orang dewasa.
Izz : Mengalahkan orang dewasa?
Ibu : Ya! Ada orang dewasa yang tidak dapat menahan nafsu makan dan minum. Sebab itu ada yang tidak berpuasa.

Izz dan periksa


Izz : Ibu, hari ini ada periksa.
Ibu : Maksud abang, ada ujian?
Izz : Ya! Abang seronok sangat.
Ibu : Abang seronok ada ujian?
Izz : Ya! Tadi, ada ujian jawi. Abang boleh baca semuanya,ibu.
Ibu : Baguslah kalau begitu.
Izz : Ibu, ibu tahu apa yang paling seronok waktu periksa?
Ibu ; Apa dia?
Izz : Tidak ada kerja sekolah. Hehehe!

Wednesday, August 8, 2012

Izz dan sekolah

Perbualan telefon antara Izz dan Ibu
Izz: Ibu, abang letihlah hari ini. Abang cuti hari ini, boleh?
Ibu : Abang berpuasa. Abang dapat pahala. Abang pergi sekolah. Abang dapat lagi pahala. Abang belajar. Banyak pahala abang dapat.
Izz : Abang peninglah ibu.
Ibu : Orang berpuasa tidak boleh menipu. Sudahlah berdosa, hilang pula pahala puasa. Anak ibu benar-benar rasa pening?

Izz : Sedikit sahaja.
Ibu : Kalau begitu, abang pergi rehat dahulu.
Izz : Tidak boleh ibu. Sekarang sudah jam 11.30 pagi.
Ibu : Habis, abang tidak mahu pergi sekolah?
Izz : Siapa kata abang tidak mahu pergi sekolah?
Ibu : Oh! Jadi, abang mahu pergi sekolah?
Izz : Ya!
Ibu : Bagusnya! Abang pergilah mandi. Mandi boleh segarkan badan abang.
Izz : Abang memang hendak mandi.
Ibu : Abang doa kepada Allah supaya hilang rasa letih abang. Allah makbulkan doa orang yang berpuasa. Ibu pun doakan untuk anak ibu.
Izz : Ok. Ibu. (Suara lebih ceria)
Ah! Lega hati ibu.

Monday, August 6, 2012

Izz dan Zikir


Izz :Ibu, ibu mahu tidur?
Ibu :Ya. ibu sudah mengantuk.
Izz : Ok. Ibu dengan lagu ini.
Ibu : Itu bukan lagu, abang. Ini alunan zikir. Subhanallah.Alhamdulilah. walailahaillah. Allahuakbar.
Izz : Ya ibu.
Ibu :Bagaimana abang tahu ada zikir dalam telefon ibu?
Izz: Abang tekan , terus keluar zikir ini. Abang suka. Abang rasa tenang.
Ibu : Dulu, sewaktu abang kecil, ibu selalu tidurkan abang dan ayun abang dalam buaian dan ibu berzikir.”
Izz :Oh ya! Patutlah abang suka dengar zikir ini.
Ibu :Ibu kagum. Abang mendengar zikir. Dalam bulan puasa ini, abang dapat pahala berlipat kali ganda. Andai abang turut berzikir, Allah akan tambah lagi pahala untuk abang. (puji teknik nabi)
Izz: Abang berzikir juga , ibu. Abang zikir dalam hati.
Ibu: Ibu doakan abang dapat pahala berlipat kali ganda atas amal yang abang buat. Amin!

Saturday, August 4, 2012

Izz dan orang-orang yang taat

bu : Abang dengar ibu baca ini (Membaca Tafsir Al-Quran, Surah An-Nisaa':69).. iaitu nabi-nabi...
Izz : Ibu, kita boleh jumpa nabi. Kita boleh lihat wajah nabi yang sebenarnya,ibu?
Ibu : Ya!...dan orang-orang yang Syahid...
Abang, orang-orang yang syahid ialah orang-orang yang meninggal ketika memperjuangkan Islam.
Izz : Orang yang memperjuangkan Islam? Mereka pun ada dalam syurga,ibu?

Ibu : Ya, abang. Orang yang syahid itu Allah masukkan dalam syurga.
Izz : Ooo (Wajah yang teruja) Orang yang mempertahankan Islam akan masuk syurga.
Ibu : ...dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang ta'at)...Abang, taat kepada Allah bermaksud menurut perintah Allah. Dalam masa yang sama ,kita menjauhi larangan-NYa, misalnya, minum arak dan berjudi.
Izz : Abang tak akan minum arak dan berjudi.
Ibu : Ibu doakan pun begitu.
Izz : Buat apa minum arak. Minum arak dosa besar. Minum arak buat kita lupa. Minum arak buat kita buat perkara-perkara yang tidak elok.
Ibu : Ya, abang.
Izz : Berjudi itu buat rugi saja. Kalau kita ada duit banyak, kita berjudi, kita buang duit saja. Kita hanya ikut nasib. Mana boleh ikut nasib saja, ya ibu?
Ibu : Kita tidak boleh berserah pada nasib sahaja. Kita perlu berusaha apabila kita mahu mencapai sesuatu. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang taat.
Izz: Ya,ibu. Sayang ibu.
Ibu : Sayang abang juga.

Izz dan honey star

Kata Ibu : Abang makan 'honey star' bersama dengan susu. Abang tahan berpuasa.
Kata Izz : Abang makan 'honey star' dan kentang goreng. Allah bantu abang puasa. Allah bantu orang yang buat baik, ya ibu?
Kata ibu : Ya sayang.
(Puji mengikut teknik nabi- puji kebaikan dan nyatakan impaknya.)

Friday, August 3, 2012

Izz dan kertas warna

Izz : Ibu, boleh ibu belikan kertas warna untuk abang. 
Ibu : Insyaallah,nanti ibu belikan.
Izz : Ibu, berapa harga kertas warna?
Ibu : Yang kecil RM 2.50. yang besar RM 5.00
Izz : Ibu, abang nak guna duit tabung abang. Bukankah elok kita gunakan untuk perkara yang berfaedah, yang kita suka dan yang kita mahir hendak buat?
Ibu : Ya. Ibu tahu abang teruja mahu membuat origami menggunakan kertas war
na. Insyaallah, ibu akan belikan.
Izz : Bila ibu?
Ibu : Ibu tidak berani berjanji. Ibu akan ingat. Nanti ibu keluar, ibu akan carikan.
Izz : Boleh ibu tetapkan masanya?
Ibu : Ibu hanya boleh kata ibu akan cari pagi ini.
Izz : Ibu, buat origami makan masa lama. Origami buat kita rasa leka. Jadi kita lupa yang kita ini berpuasa.
Ibu : (Tersengih. Dalam hati-pandainya anak ibu beri alasan yang logik)
Ibu tahu abang tidak sabar mahu buat origami. Ya Allah, jadikanlah Izz orang yang sabar.
Izz : (Tersengih). Ibu, boleh ibu ambil kertas warna Along sementara ibu belum beli kertas warna.
Ibu : Okaylah! (Sabarlah saja ibu dengan anak ibu ini).
Ibu : Nah! Kertas warna. Banyak warna ibu ambil.
Izz : Ini sahaja?
Ibu : Alhamdulillah!
Izz : (tersengih) Alhamdulillah!
Sedang ibu buat kerja, Izz datang dengan wang kertas RM2 dan syiling RM3.
Izz : Ibu, ibu beli kertas warna yang banyak. Yang harga RM 5,tahu?
Ibu : (Dalam hati) Izz orang yang tidak sabar maka ibulah yang kena lebih bersabar.

Kekayaan hati

Ibu : (membaca tafsir ayat kepada Izz) ...Itu sebabnya ibu berdoa kita diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat.
Izz : Ya ,ibu? Kalau kita minta kaya di dunia, kita akan kaya di dunia sahaja
Ibu : Ya. Itu sebabnya kita perlu minta doa kita kaya di dunia dan di akhirat.
Izz : Ya, ibu. Lebih baik lagi kalau kekayaan hati. Kalau kaya harta tapi tidak kaya hati,tidak ada gunanya.
Ibu : Kaya hati itu apa maksudnya?
Izz : ibu tak tahu? Kaya hati itu lebih kurang baik hati, suka tolong orang, suka berkongsi...semua yang baik-baik.
Ibu : Oh begitu.
Izz : Kalau kaya harta , banyak duit tetapi tidak kaya hati, mesti dia bongkak dan sombong. mesti tidak mahu beri duit pada orang miskin.