Friday, August 23, 2013

Memenuhi keperluan.


Ibu : Abang, RM200 daripada duit raya abang, ibu masukkan dalam Tabung Haji. Lagi RM 68 itu abang boleh beli apa-apa barang keperluan abang. Abang beritahu sahaja apa yang abang perlukan.

Muhammad: Ibu...ibu ambillah duit abang itu.

Ibu: Ha? Apa kata abang?

Muhammad: Ibu ambillah duit abang itu. Ibu belilah barang keperluan ibu. ( terus duduk atas riba ibu dan peluk serta cium ibu.)

Ibu : (Tersengih!) Abang, ibu tidak perlukan apa-apa. Abang yang perlu beli seluar trek yang baru dan tambah beli tshirt. Tshirt abang sudah lama dan lusuh.

Thursday, August 8, 2013

Nasib baik tidak kena.

Dialog ibu dan Muhammad (peluang berbual di pagi raya)

Muhammad: Ibu, ada orang, waktu terlepas daripada sesuatu, dia akan cakap, "Nasib baik tidak kena. Sepatutnya sebut Alhamdulillah."

Ibu : Emm. Bukan sebab nasib tetapi sebab Allah yang tolong.

Muhammad: Yalah. Ini sebut nasib. Mana ada. Semuanya Allah yang tentukan. Kita perlu sebut Alhamdulillah.

Ibu : Ya.

Muhammad: Tapi ibu, abang ni pandai cakap tapi kadang-kadang abang pun sebut "nasib baik tak kena." Hehehe!

Ibu : Kita ini manusia. Manusia selalu buat kesalahan. Kadang kala kita lupa. KIta buat salah. Kita bertaubat. Kita minta ampun daripada Allah. Yang penting kita berusaha untuk membuat yang terbaik.

Muhammad: Alhamdulillah. Sayang ibu.