Monday, November 12, 2012
Izz dan 13 Lembaran aktiviti
Lembaran aktiviti Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad masih berselerakan di atas katil. Malam ini , ibu membuat kerja di atas katil.
Izz : Ibu, boleh abang tolong ibu susun kertas ini?
Ibu : Ya. Boleh.
Izz : Semua ada 13,ya ibu?
Ibu : Em!
Izz : Ok,ibu. Sudah siap. Abang sudah susun semuanya.
Ibu : Ya. Terima kasih, abang. Abang telaha bantu ibu susun kertas-kertas itu. Senang kerja ibu. Ibu suka. Allah berikan pahala buat abang. Sayang abang.
Izz: (Senyum) Sayang ibu juga. Gembira dapat tolong ibu. (sambil berlalu keluar dari bilik.)
Izz dan penduduk syurga
Izz masih bersama ibu di bilik sedang ibu membaca lembaran aktiviti Mendorong Pelajar Corot dengan teknik Nabi Muhammad.
Izz : Ibu, tolong bacakan kertas ini pula. (Izz tertarik dengan gambar aktiviti Menaikkan Semangat Juang.) Kenapa cikgu itu marah-marah?
Ibu : Cikgu itu kata macam mana mahu masuk universiti, buat kerja rumahpun malas. Sebenarnya, cikgu tidak boleh kata begitu.
Izz : Habis itu, cikgu mahu cakap macamana?
Ibu : Begini. Ibu tanya abang soalan berdasarkan panduan kata-kata nabi ucapkan. Ok. Sukakah abang menjadi seperempat daripada penduduk syurga?
Izz : Tak suka. Abang mahu menjadi 100% penduduk syurga.
Ibu : (Ketawa kecil). Abang ¼ itu seperti ini (sambil menunjukkan bahagian ¼). Seperti kek yang dipotong kepada 4 bahagian.
Izz : Oh. Begitu.
Ibu : Ibu tanya lagi, ya. Sukakah abang menjadi ⅓ daripada penduduk syurga?
Izz : Ibu, abang mahu 1/1 lah ibu. Kalau kek, abang mahu kesemua kek itu.
Ibu menggeleng-gelengkan kepala. Izz ketawa.
Izz dan hadis nabi
Ibu sedang meneliti lembaran aktiviti Mendorong Pelajar Corot dengan Teknik Nabi Muhammad di dalam bilik. Izz datang dan duduk sekali di atas katil. Lembaran-lembaran aktiviti berselerakan di atas katil.
Izz tertarik dengan satu lembaran aktiviti.
Izz tertarik dengan satu lembaran aktiviti.
Izz bertanya, “ Ibu,kenapa muka cikgu itu? Cikgu itu marah,ya?”
Jawab ibu,“Ya. Cikgu itu marah sebab anak muridnya lambat masuk kelas.”
Kata Izz lagi, “Oh! Sebab itu cikgu marah?”
Balas ibu pula, “Ya! Tapi cikgu tidak boleh marah murid. nabi Muhammad tidak pernah marah kepada orang yang datang lambat ke masjid seperti dalam hadis ini (menunjukkan hadis di bahagian atas kertas lembaran itu)”
Kata Izz, “ Bacakan untuk abang hadis ini, boleh?”
Ibu pun membacakan hadis itu,
“Anas melaporkan, pada suatu hari ada seorang lelaki datang dan dia terus masuk barisan orang-orang yang sedang sembahyang, dengan nafasnya termengah-mengah kerana terkocoh-kocoh mengejar waktu sembahyang, sambil membaca 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu?” Semua orang yang ada diam sahaja, tidak seorang pun menjawab. Nabi Muhammad bertanya lagi, “Siapakah tadi yang mengucapkan kata-kata itu? Sebenarnya dia tidak mengucapkan sesuatu yang berdosa.” Lalu seorang lelaki berkata, “Tadi saya datang dengan termengah-mengah, lalu saya ucapkan kata-kata itu.” Kemudian, Nabi Muhammad berkata, “Sungguh, saya nampak 12 orang malaikat berebut-rebut mengangkat kata-kata itu.” -- Hadith No. 271 dalam kitab Ringkasan Sahih Muslim

Nota: 'Alhamdulillahi hamdan kasiran thoyiban mubarakan fih.' bermakna 'Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, bagus, lagi penuh kebaikan.'”
Ibu berkata, “Lelaki itu datang lambat. Orang lain sudah mula bersembahyang dia baru sampai dan dia bercakap kuat di dalam masjid sampai Nabi Muhammad yang khusyuk itu pun dapat mendengar suaranya.Tetapi Nabi tidak marah sebaliknya nabi memuji kebaikannya iaitu dia berzikir.”
Kata Izz, “ Ibu , abang tahu apa perasaan orang yang kena marah itu?”
Balas ibu, “Ya?”
Kata Izz, “Ya. Abang tahu. Pasti orang itu rasa sedih!”
Kata Izz, “ Ibu , abang tahu apa perasaan orang yang kena marah itu?”
Balas ibu, “Ya?”
Kata Izz, “Ya. Abang tahu. Pasti orang itu rasa sedih!”
Subscribe to:
Posts (Atom)