Tuesday, July 16, 2013

Doa

Dialog ibu dan Muhammad.
Waktu sahur
Ibu : Abang, makanlah banyak sikit supaya abang ada tenaga untuk puasa.
Muhammad: Tidak mengapa, ibu. Boleh. Kita ada doa.
Ibu: Emmm. (Berfikir)
Muhammad: (Tersengih) Boleh ibu. Kalau Allah mahu tolong.
Ibu: Insyaallah. Ibu doa abang mampu puasa esok walaupun makannya sedikit.

ibu cantik tak?

Dialog ibu dan Muhammad (di pagi hari ketika bersiap-siap ke sekolah)

Ibu: Abang, cantik tak ibu?
Muhammad: Ibu, mana tudung?
Ibu : Nanti ibu pakailah, abang
Muhammad: Kalau pakai tudung, barulah cantik.
Ibu tersengih.
Muhammad tersengih.
Muhammad: Ibu, ibulah ibu yang paling hebat di dunia.
 — feeling great.

Wednesday, July 10, 2013

Tidak tahu pesanan syaitan

Dialog ibu dan Muhammad.
Muhammad: Ibu, syaitan diikat bulan Ramadan.
Ibu : Ya. 
Muhammad: tetapi ada orang buat jahat juga.
Ibu: Ya. Syaitan sudah titipkan pesanan dalam hati orang supaya buat jahat juga walau bulan Ramadan. Sebelum bulan puasa, syaitan sudah bisikkan di telinga.
Muhammad: Ibu ,walaupun abang tak tahu apa pesanan syaitan, abang tidak mahu buat jahat.
Ibu : Alhamdulillah. Ibu doakan abang dihindarkan oleh Allah daripada membuat perkara-perkara yang tidak elok.

Buat jahat dicatat dosa berganda?

Dialog ibu dan Muhammad.
Muhammad : Ibu, kalau buat baik, Allah bagi pahala berganda-ganda. Kalau buat jahat, Allah bagi dosa berganda-gandakah?
Ibu : Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Bulan Ramadan , Allah berikan pahala berlipat ganda untuk perbuatan baik tetapi orang buat perkara tidak baik , malaikat catatkan dosa tetapi tidaklah digandakan.
Muhammad: Abang tidak mahu buat perkara tidak baik.
Ibu: Alhamdulillah.

Amalan hanya bulan Ramadan

Ibu : Abang, dalam bulan Ramadhan ini, Allah berikan pahala berlipat kali ganda bagi setiap kebaikan dan ibadat yang kita lakukan. 
Muhammad.: Ya, ibu.
Ibu : Itu sebabnya orang berebut-rebut mahu membuat banyak amal ibadat seperti solat terawih, solat sunat, baca Al-Quran, zikir dan sebagainya.
Muhammad: Ibu, kalau buat semua itu masa bulan Ramadhan sahaja, tidak boleh juga.
Ibu : Betul! Hari biasa pun buat juga. Bulan Ramadan, tambah lebih lagi.