Sunday, July 29, 2012

Ibu dan kerja

Izz : Ibu sudah siap semak kertas?
Ibu : Belum. Banyak lagi.
Izz : Tidak mengapa,ibu. Ibu buat sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama habislah. Bukanlah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ya ibu.
Ibu : Hehehe! Ya, sikit-sikit lama-lama habis. Tapi ibu tiada moodlah.
Izz : Jangan begitu,ibu. Ibu buat sahaja perlahan-lahan. Nanti pasti siap.
Ibu : Pandainya abang nasihatkan ibu. Abanglah penguat semangat ibu.

Lapar sebulan tidak sama dengan lapar berbulan-bulan

Izz : Ibu, abang tidak rasa lapar.
Ibu : Baguslah begitu.
Izz : Tapi abang rasa letih sedikit.
Ibu : Ibu pun letih. Yang baiknya, kita dapat merasai pengalaman orang susah dan miskin. Hal ini boleh menginsafkan kita. Kita menjadi manusia yang lebih bersyukur.
Izz : Tapi ibu, kita tidak dapat rasai pengalaman orang miskin yang sebenarnya.
Ibu : Kenapa pula?
Izz : Kita hanya puasa sebulan. Mereka pula lapar berbulan-bulan.
Ibu : Ha'ah. Ada juga yang bertahun-tahun hidup miskin.

Izz atau robot

Izz : Kenapa ibu pandang abang begitu?
Ibu : (Tersenyum)
Izz : Ibu, kenapa?
Ibu: Ibu rasa bersyukur dapat anak...dapat abang sebagai anak ibu.
Izz: Kenapa?
Ibu : Abang anugerah Allah
Izz : Sebab abang baik.
Ibu : dan nakal juga
Izz : Ibu, kalau ibu dapat anak yang sempurna, tentu hidup ibu 'boring'
Ibu : Hehehe! Macam dapat anak robotlah jawabnya.

Friday, July 27, 2012

Sakit perut dan pahala

Izz : Ibu, abang sakit perut, elok balik dan sakit perut balik. Sekarang sudah elok.
Ibu : Alhamdulillah.

Izz : Ya! Alhamdulillah. Ibu, bulan puasa banyak berkat.
Ibu : Ya.
Izz : Allah bagi pahala dan Allah bagi peluang untuk dapat pahala.
Ibu : Benar.

Izz : Ibu, abang berpuasa dan Allah tolong abang melakukannya.
Ibu : Alhamdulillah!
Izz : Ibu, puasa buat perut abang sihat.
Ibu : Alhamdulillah!
Izz : Alhamdulillah! Cium ibu! (lalu tunduk mencium pipi ibu) abang pergi dulu,ibu.
Ibu : Ya Allah! Jadikanlah anakku ini anak yang soleh!

Thursday, July 26, 2012

Cikgu yang marah-marah

Izz: Ibu, kenapa ibu diam?
Ibu : Ibu sedang berfikir.
Izz: Ibu fikir tentang apa?
Ibu : Ibu sedang fikir bagaiman cara mahu menasihati anak murid ibu.
Izz : Ibu perlu tegas. Marah sikit ,baru mereka mahu dengar.Ibu tidak boleh lembut-lembut.
Ibu : Kenapa pula?
Izz : Budak-budak tidak mahu dengar kalau cikgu cakap lembut. Kalau cikgu marah dan garang baru mereka hendak dengar.
Ibu : Sebab apa jadi begitu?
Izz : Kalau cikgu marah baru mereka takut.
Ibu : Tapi ibu tidak mahu anak murid ibu takut pada ibu. Ibu mahu mereka hormat. Ibu mahu ikut teknik Nabi. Abang pun tidak perlu ibu marah. Abang dengar cakap ibu, bukan?
Izz : Tapi kadang-kadang abang pun tak dengar cakap ibu.
Ibu : Setiap orang melakukan kesilapan. Ibu doakan agar Allah ampunkan dosa abang.
Izz : Sayang ibu.
Ibu : Sayang abang juga.

Monday, July 23, 2012

Izz menjadi penasihat


Izz : Ibu, kenapa ibu menangis? Ibu sedih?
Ibu : (mengangguk-angguk kepala)
Izz : Kenapa ibu sedih? Ibu sedih , abang pun sedih juga.
Ibu : Tadi, sebelum solat ibu rasa mengantuk sangat dan terdetik hati ibu untuk solat kemudian. Tapi ibu paksa diri untuk solat juga. Itu sebabnya ibu menangis. Ibu rasa berdosa pula. Waktu mahu solat, ibu pula rasa mengantuk. Syukur Allah hilangkan mengantuk ibu ketika ibu mula solat.
Izz : Bukankah itu perkara baik?
Ibu : Perkara baik?
Izz: Yalah. Ibu rasa begitu, itu perkara baiklah. Setiap manusia melakukan kesilapan,ibu. Allah ampunkan dosa ibu.
Ibu : Ya Allah! Sesungguhnya Izz pengarang jantung dan penawar hati ibu. jadikanlah anakku ini anak yang soleh, dan menjadi pemimpin yang alim dan teguh dalam menegakkan agama-Mu. Amin!

Saturday, July 21, 2012

Izz dan dobi kain


Izz : Ibu, hari ini ibu tidak basuh kain kat luar? (Ada pakaian ibu yang hanya boleh dibasuh menggunakan tangan sahaja dan ibu basuh di beranda rumah)
Ibu : Ibu letih. Ibu basuh kain lain yang boleh guna mesin basuh.
Izz :Tidak mengapa. Abang tolong basuh kain ,boleh?
Ibu : Tidak perlu.
Izz: Bolehlah ibu. Abang tolong basuh baju ibu. Ibu tolong ajar apa nak buat. Kalau salah ibu tegur.
Ibu : Betul abang hendak basuh baju ibu?
Izz : Ya, ibu. Tapi ibu ada sama. Ibu boleh tengok abang basuh kain.
Ibu : Oklah. Sambil ibu sidai kain, abang boleh basuh kain ibu dalam besen besar.
Izz betul-betul basuh kain ibu. Dia sabun, dia bilas dan dia gantung pada penyidai. Ibu hanya tolong sidai pada penyangkut baju.
Ibu : Abang tolong ibu basuh kain. Abang tolong ringankan kerja ibu. Abang juga puasa. Ibu doa abang  dapat pahala berlipat kali ganda daripada Allah..
Izz : Abang ringankan kerja ibu. Abang dapat pahala. Abang juga seronok. Abang boleh main air. Abang boleh mandi di luar.
Oh! itu rupanya pendorong abang untuk tolong ibu.

Anak yang soleh

Ibu : Ini tafsir Al-Quran. Dalam ini ada penerangan tentang makna ayat-ayat dalam Al-Quran
Izz : Oh! Jadi, kita boleh tahu makna setiap huruf. tapi ustaz kata ada huruf yang hanya Allah yang tahu maknanya.
Ibu : Ustaz betul. Abang lihat ini. Alif, Laam,Miim.- Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf ini.
Izz : (Mengangguk-anggukkan kepala)
Ibu : Ibu bacakan ayat ini ...(Ayat 3 Surah Al-Baqarah ) dan ini maknanya- orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. Abang tahu apa itu ghaib?
Izz : (Hanya diam)
Ibu : Kita tidak dapat lihat Allah tapi kita percaya wujudnya Allah.
Izz : Abang tahu.Kita percaya adanya Allah. Kita percaya adanya malaikat.
Ibu : Ya betul. Satu lagi tanda orang yang beriman ialah mendirikan sembahyang.
Izz : Abang solat , ibu. Abang puasa dan abang solat.
Ibu : Ibu doakan abang menjadi anak yang soleh. Tahu tak? Salah satu perkara yang kita bawa apabila kita mati ialah doa anak yang soleh. Doa abang nanti akan bantu ibu apabila ibu mati nanti.
Izz : Ibu jangan sebut pasal mati. Abang tidak suka.
(Air matanya mengalir)
Ibu : Kita perlu ingatkan mati supaya kita hidup dengan sebaik-baiknya. Kita gunakan waktu hidup untuk beribadah kepada Allah. Abang, berusaha untuk menjadi anak yang soleh,ya!
Izz : Ibu pun berusaha menjadi anak yang soleh.
Ibu : Ya. Ibu pun mahu bantu opah dan tok abah. Ibu mahu doakan untuk mereka juga.
Izz : Abang doakan untuk ibu dan ayah.
Ibu : (Cium Izz.) Sayang abang.
Izz : Sayang ibu juga.

Kisah Nabi Syuib

Ibu : Abang mahu ibu ceritakan pada abang cerita yang ibu baca dalam Tafsir Al-Quran ini.
Izz : (Mengangguk-anggukkan kepala sambil berbaring di sofa) 
Ibu : Ibu baca kisah Nabi Syuib. 
Izz : Oh! Ada nabi Syuib?
Ibu : Ya. Dalam al-Quran ada menceritakan tentang nabi Syuib yang mengajak kaumnya beriman kepada Allah namun kaumnya menolak. 
Izz : Mesti mereka percaya pada batu,bukan ibu? Batu bukan ada kuasa pun.
Ibu : Bagi mereka yang tidak mahu mengikut Nabi Syuib beriman kepada Allah, Allah telah memperdengarkan letusan bunyi yang menyebabkan mereka yang ingkar mati.

Izz dan Puasa

Ibu : Abang berpuasa. kalau abang letih, abang boleh tidur. Orang berpuasa yang tidur pun dapat pahala.
Abang : Ibu mahu buat apa?
Ibu : Ibu mahu mengaji.

Abang : Boleh abang tidur di tepi ibu sambil dengar ibu baca Al-Quran?
Ibu : Boleh.
Ibu tersenyum. Ibu usap rambut Izz sambil membaca Al-Quran. 
Semasa Izz tidur, ibu cium dahi Izz. Ibu doa, "Ya Allah! jadikanlah anakku ini anak yang soleh!"

Thursday, July 19, 2012

Izz dan pahala di bulan puasa

Ibu : Abang, abang tahu tak, banyak pahala kita boleh dapat dalam bulan puasa nanti.
Izz : Ya, ibu?
Ibu : Ya. Allah akan gandakan pahala bagi setiap kebaikan yang kita buat dalam bulan puasa.
Izz : Betul,ibu? Apa-apa kebaikan yang kita buat? (Matanya terbeliak)
Ibu : (Ibu tersenyum) Ya. Misalnya, senyum. Senyum dapat pahala. Kalau waktu biasa dapat 1pahala, pada bulan puasa boleh dapat 10pahala dan boleh berganda sampai 700pahala.
Izz : Betul ibu? Wah!
Teruja benar Izz mendengar kata-kata ibu. Seronoknya melihat wajah Izz yang ceria dan bersemangat serta tidak sabar-sabar menunggu tibanya puasa.
Didoakan agar anakandaku ini dapat berpuasa penuh!

Izz dan puasa

Izz: Ibu, kasihan orang yang demam ya.
Ibu : Ya, kasihan. Tapi kenapa tiba-tiba abang sebut tentang perkara itu?
Izz : Orang demam tidak boleh puasa. Itu sebab abang kasihan.
Ibu : Ooo..Betul juga ,ya.
Izz : Ibu, abang mahu puasa penuh. Abang sudah dewasa. Perut abang juga sudah dewasa. Boleh tahan lapar. Masa sahur boleh juga makan banyak. Jadi, tidak lapar masa puasa.
Ibu : Abang bukan orang dewasa. Tapi memang abang boleh puasa penuh.
Izz : Ibu , abang kanak-kanak dewasalah.
Sejak akhir-akhir ini Izz selalu berbicara tentang puasa. Suka apabila melihat Izz tidak sabar mahu puasa.

Wednesday, July 18, 2012

Nasihat Izz

Izz : Ibu, kenapa orang itu pakai semua hitam?
Ibu : Oh! Itu gambar orang Arab. Dia memang berpakaian begitu. Kasihan. Dalam cuaca panas, dia minta sedekah.
Izz : Ibu, kalau kita miskin, kita perlu berdoa kepada Tuhan.
Ibu : Kalau kita miskin, kita perlu banyak bersabar.
Izz : Ya. Kalau kita tidak ada ibu bapa, Tuhan yang akan jaga kita. Kita perlukan Tuhan untuk membantu kita.
Ibu : Diam dan hanya mengangguk-anggukkan kepala (masih menghadam kata-kata Izz)
Izz : Ok. Itu sahaja abang nak cakap.

Friday, July 6, 2012

Izz dan medal perak

Dialog ibu dan Izz
Ibu : Abang sudah baca nota ibu.
Izz : Belum. Mana dia?
Ibu : Ini (sambil menunjukkan nota yang sudha terjatuh di atas lantai. Izz tidak perasan akan nota itu ketika mengambil medalnya)
Selepas membaca nota...
Izz : Ibu , memang susah sukaneka itu. Abang terpaksa pusing dan jalan terus dan perlu lepasi kon itu.
Ibu : Tahniah! Yang penting abang berusaha.
Akhirnya , Izz teruja menceritakan pengalamannya menyertai sukaneka sekolah. Hari semalamnya, dia terdiam apabila ayahnya komen dia asyik mendapat tempat kedua. Selepas itu dia hanya membelek-belek medalnya.
Puji anak tidak semestinya hanya apabila dia dapat nombor satu atau cemerlang. Yang penting usaha yang ditunjukkan.

Air dan orang Afrika

Ibu : Bagusnya anak ibu. Abang minum air mineral. Badan akan abang sihat.
Izz : Ibu, abang tidak buang pun air itu. (merujuk air dalam botol yang minta dihabiskannya)
Ibu : Bagusnya!
Izz : Abang tak mahu menipu. Abang habiskan juga air botol.
Ibu : Ibu memang percaya kepada abang.
Izz : Abang tidak menipu. Kalau menipu, Allah akan tahu. Allah nampak apa yang kita buat.
Ibu : Ya, abang.
Izz : Abang juga ingat kisah orang Afrika yang ibu ceritakan. Mereka lapar dan dahaga. Jadi, abang minum habis air itu.
Ibu : Bagus tindakan abang.
Izz : Ok. Sekarang boleh tak ibu buatkan air manis untuk abang?
Hehehe! Pandai anak ibu ambil hati ibu.

Thursday, July 5, 2012

Orang tua

Ibu: Terima kasih abang sebab tolong sapu ubat untuk ibu.
Izz : Memang tugas anak bantu orang tua.
Ibu : (Dalam hati :- Kata-kata yang menyusuk kalbu. Bukan kerana apa-apa tetapi kerana Izz sebut orang tua. Alahai! Bunyinya seperti ibu sudah tua benar. Hehehe!)

Izz dan puasa

Izz : Ibu, abang akan berusaha untuk  puasa penuh nanti.
Ibu: Baguslah! Abang berniat untuk berpuasa penuh. Malaikat mencatat pahala buat abang.
Izz : Ibu, apabila kita puasa, sebenarnya kita hormati orang yang tidak ada makanan, bukan?
Ibu: Dengan berpuasa , kita dapat pengalaman merasai kesusahan orang miskin. Merasai dan memahami penderitaan mereka.
Izz : Ibu, abang rasa abang tahu apa rasa orang miskin. Dia terpaksa menahan lapar dan mencari makanan. Terpaksa makan sampah. Kita sepatutnya bersyukur.

Tuesday, July 3, 2012

Andai ibu dapat RM1000

Ibu : Abang, kalau ibu dapat RM1000, abang rasa apa ibu patut buat dengan duit itu?
Izz : Ibu simpan sahaja.
Ibu : Ha?
Izz: Ibu simpan duit itu untuk belanja dan bagi anak yatim. Bolehkan begitu?
Ibu : (Dalam hati- kadang kala pemikiran anak ibu ini memang di luar jangkaan ibu.)

Monday, July 2, 2012

Tutup aurat

Izz : Ibu, ibu perlu tunggu abang.
Ibu : Kenapa perlu tunggu? Ibu mahu keluar sekarang. Abang ikut sahajalah.
Izz : Abang mahu tukar seluar.
Ibu : Kita hanya mahu pergi rumah opah. Bukannya hendak ke mana-mana pun.
Izz : Ibu, abang pakai seluar pendek. Ibu tak nampak? Abang mahu tutup aurat. Abang mahu pakai seluar panjang.
Ibu : (Tersengih! Baru perasan bahawa Izz memakai seluar pendek di rumah. Seluarnya tidak menutup lutut)