Saturday, September 22, 2012

Izzdan upah

Ibu : Abang, ini duit upah abang.
Izz : Upah?
Ibu : Ya. Ibu beri upah sebab tolong ibu.
Izz : Ibu, abang tidak mahu duit.
Ibu : Oh! Abang tidak mahu duit?

Izz: Abang mahu pahala, ibu.
Ibu : (Ketawa). Dapat dua-dua sekali lebih baik. Duit dapat. Pahala pun dapat.
Izz : Boleh begitu,ibu? Bagusnya.
Ibu : Boleh! Abang dapat duit upah daripada ibu. Abang dapat pahala daripada Allah.

Sunday, September 9, 2012

Izz dan janji

Izz: Ibu mahu bawa Along ke mana?
Ibu : Ikut ibu ke pembukaan kedai kawan ibu.
Izz : Ibu, abang mahu ikut.
Ibu : Tidak boleh.
Izz : Kenapa?
Ibu : Semalam ibu sudah bawa abang ke kenduri kahwin tapi abang tidak jaga kelakuan abang. Abang berlari-lari dalam dewan.
Izz : Ibu berilah abang ikut.
Ibu: Tidak boleh. Ini pengajaran untuk abang. Ibu bagi peluang abang berfikir.
Izz: Abang akan berfikir dalam kereta, ibu.
Ibu : Tidak boleh. Ini hukuman kepada abang. Abang tidak jaga kelakuan . Jadi abang kena tinggal.
Izz : Ibu, nabi tidak akan buat anaknya macam ini.
Ibu : Nabi buat macam mana?
Izz : Nabi akan beri peluang kedua kepada anaknya. Ibu berilah peluang kedua untuk abang. Bukankah ibu mahu ikut nabi? Ibu tidak mahu pahala? Beri abang ikut ibu. Ibu akan dapat banyak pahala.
Ibu : Abang akan dengar cakap ibu?
Izz : Promise.
Ibu : Janji?
Izz : Manusia berpegang kepada janji,ibu. Kerbau berpegang kepada tali. Abang akan dengar cakap ibu. Tolonglah abang ibu.
Hiss! Kalau bercakap dan memujuk ibu, bukan main pandai lagi.

Wednesday, September 5, 2012

Pujian Izz


Izz : Ibu, abang rasa lapar. (Walau sudah makan mi goreng)
Ibu : Abang mahu nasi ayam ibu. Ibu beri separuh. Nak?
Izz : Nak!
Ibu : Ok.
Izz : Ibu, tolong ambil air abang.

Ibu : Ok.
Izz : Terima kasih, ibu. Ibulah ibu yang terbaik di dunia.
Ibu : Abang hanya kenal ibu yang seorang ini sahaja.
Izz : Apa yang ibu buat untuk abang, sudah cukup untuk abang. Ibu, ibulah nombor satu di dunia.
Aduh! Ibu pasti cair dengan kata-kata anak ibu ini. Hehehe!