Friday, October 26, 2012

Izz mahu ibu luangkan masa

Izz : Ibu, teman abang main 'game'
Ibu : Maaf, abang. Ibu ada kerja. Esok, ibu mahu tolong anak murid ibu.
Izz : Ibu, sudah lama ibu tidak meluangkan masa untuk abang. Masa tidursaja ibu temankan abang.
Ibu : Ya! Maafkan ibu, ya. Cuti ini ibu luangkan masa untuk abang.
Izz : Beginilah. Ibu teman abang melukis, boleh?
Ibu : Oklah. Sambil ibu buat kerja di laptop, ibu lihat abang
melukis.
Tetapi ibu tidak boleh membuat kerja sambil melihat abang melukis kerana abang melukis sambil memberi penerangan cara melukis. Emmm. Lagak pro pula.
Ibu : Ibu kagum abang mahir melukis dan pandai memberi penerangan. Ibu suka.:)
(Dalam hati, kasihan anak ibu, ibu tidak dapat luangkan masa yang lama untuk anak ibu.)

Izz dan BI

Izz: Ibu, can you help me?
Ibu : Why should I help you? (Dalam hati, apa halnya Izz berbahasa Inggeris pula)
Izz : Because you love me.
Jawapan itu membuatkan ibu tergelak. Pandainya anak ibu cari alasan yang menyentuh hati ibu.

Izz dan lukisan cantiknya

Izz : Lukisan abang cantik, bukan?
Ibu : Ya! Abang semakin mahir melukis. Ibu suka.
Izz : Ibu, lukisan abang semua cantik-cantik. Abang emmang pandai melukis.
Izz ketawa. Ibu pun ketawa sambil menggeleng-geleng kepala.. Wah! Self-esteem Izz sudah tinggi. Berbeza sungguh daripada Izz 10 bulan yang lepas.
Ibu : Abang sudah mahir melukis. Namun, abang juga harus baiki cara abang mewarna. 
Izz : Baik ibu.
Ya Allah! Jauhkanlah anakku ini daripada perasaan riak. Teknik memuji gaya Nabi Muhammad, dipuji perbuatan bukan orangnya.

Saturday, October 13, 2012

Izz mahu balik kampung

Izz : ibu, kita sudah lama tidak balik kampung.
Ibu : Ya?
Izz : Esok, kita balik kampung, nak. Dah lama tak jumpa opah.
Ibu : Tanya ayah.
Izz: Ibu ajaklah ayah.
Ibu : Kamulah ajak. Kamu yang rindu pada opah, bukan?
Izz : Ibu, opah itu mak mertua ibu,bukan? Ibu kenalah pergi tengok opah.
Ibu : Kamu rindu pada opah atau kamu nak tunjuk tablet kamu pada sepupu kamu itu?
Izz : (Tersengih) mana ibu tahu?
Ibu : Ibu kenal kamu. Kamu anak ibu, bukan?

Saturday, September 22, 2012

Izzdan upah

Ibu : Abang, ini duit upah abang.
Izz : Upah?
Ibu : Ya. Ibu beri upah sebab tolong ibu.
Izz : Ibu, abang tidak mahu duit.
Ibu : Oh! Abang tidak mahu duit?

Izz: Abang mahu pahala, ibu.
Ibu : (Ketawa). Dapat dua-dua sekali lebih baik. Duit dapat. Pahala pun dapat.
Izz : Boleh begitu,ibu? Bagusnya.
Ibu : Boleh! Abang dapat duit upah daripada ibu. Abang dapat pahala daripada Allah.

Sunday, September 9, 2012

Izz dan janji

Izz: Ibu mahu bawa Along ke mana?
Ibu : Ikut ibu ke pembukaan kedai kawan ibu.
Izz : Ibu, abang mahu ikut.
Ibu : Tidak boleh.
Izz : Kenapa?
Ibu : Semalam ibu sudah bawa abang ke kenduri kahwin tapi abang tidak jaga kelakuan abang. Abang berlari-lari dalam dewan.
Izz : Ibu berilah abang ikut.
Ibu: Tidak boleh. Ini pengajaran untuk abang. Ibu bagi peluang abang berfikir.
Izz: Abang akan berfikir dalam kereta, ibu.
Ibu : Tidak boleh. Ini hukuman kepada abang. Abang tidak jaga kelakuan . Jadi abang kena tinggal.
Izz : Ibu, nabi tidak akan buat anaknya macam ini.
Ibu : Nabi buat macam mana?
Izz : Nabi akan beri peluang kedua kepada anaknya. Ibu berilah peluang kedua untuk abang. Bukankah ibu mahu ikut nabi? Ibu tidak mahu pahala? Beri abang ikut ibu. Ibu akan dapat banyak pahala.
Ibu : Abang akan dengar cakap ibu?
Izz : Promise.
Ibu : Janji?
Izz : Manusia berpegang kepada janji,ibu. Kerbau berpegang kepada tali. Abang akan dengar cakap ibu. Tolonglah abang ibu.
Hiss! Kalau bercakap dan memujuk ibu, bukan main pandai lagi.

Wednesday, September 5, 2012

Pujian Izz


Izz : Ibu, abang rasa lapar. (Walau sudah makan mi goreng)
Ibu : Abang mahu nasi ayam ibu. Ibu beri separuh. Nak?
Izz : Nak!
Ibu : Ok.
Izz : Ibu, tolong ambil air abang.

Ibu : Ok.
Izz : Terima kasih, ibu. Ibulah ibu yang terbaik di dunia.
Ibu : Abang hanya kenal ibu yang seorang ini sahaja.
Izz : Apa yang ibu buat untuk abang, sudah cukup untuk abang. Ibu, ibulah nombor satu di dunia.
Aduh! Ibu pasti cair dengan kata-kata anak ibu ini. Hehehe!