Thursday, August 8, 2013

Nasib baik tidak kena.

Dialog ibu dan Muhammad (peluang berbual di pagi raya)

Muhammad: Ibu, ada orang, waktu terlepas daripada sesuatu, dia akan cakap, "Nasib baik tidak kena. Sepatutnya sebut Alhamdulillah."

Ibu : Emm. Bukan sebab nasib tetapi sebab Allah yang tolong.

Muhammad: Yalah. Ini sebut nasib. Mana ada. Semuanya Allah yang tentukan. Kita perlu sebut Alhamdulillah.

Ibu : Ya.

Muhammad: Tapi ibu, abang ni pandai cakap tapi kadang-kadang abang pun sebut "nasib baik tak kena." Hehehe!

Ibu : Kita ini manusia. Manusia selalu buat kesalahan. Kadang kala kita lupa. KIta buat salah. Kita bertaubat. Kita minta ampun daripada Allah. Yang penting kita berusaha untuk membuat yang terbaik.

Muhammad: Alhamdulillah. Sayang ibu.

Tuesday, July 16, 2013

Doa

Dialog ibu dan Muhammad.
Waktu sahur
Ibu : Abang, makanlah banyak sikit supaya abang ada tenaga untuk puasa.
Muhammad: Tidak mengapa, ibu. Boleh. Kita ada doa.
Ibu: Emmm. (Berfikir)
Muhammad: (Tersengih) Boleh ibu. Kalau Allah mahu tolong.
Ibu: Insyaallah. Ibu doa abang mampu puasa esok walaupun makannya sedikit.

ibu cantik tak?

Dialog ibu dan Muhammad (di pagi hari ketika bersiap-siap ke sekolah)

Ibu: Abang, cantik tak ibu?
Muhammad: Ibu, mana tudung?
Ibu : Nanti ibu pakailah, abang
Muhammad: Kalau pakai tudung, barulah cantik.
Ibu tersengih.
Muhammad tersengih.
Muhammad: Ibu, ibulah ibu yang paling hebat di dunia.
 — feeling great.

Wednesday, July 10, 2013

Tidak tahu pesanan syaitan

Dialog ibu dan Muhammad.
Muhammad: Ibu, syaitan diikat bulan Ramadan.
Ibu : Ya. 
Muhammad: tetapi ada orang buat jahat juga.
Ibu: Ya. Syaitan sudah titipkan pesanan dalam hati orang supaya buat jahat juga walau bulan Ramadan. Sebelum bulan puasa, syaitan sudah bisikkan di telinga.
Muhammad: Ibu ,walaupun abang tak tahu apa pesanan syaitan, abang tidak mahu buat jahat.
Ibu : Alhamdulillah. Ibu doakan abang dihindarkan oleh Allah daripada membuat perkara-perkara yang tidak elok.

Buat jahat dicatat dosa berganda?

Dialog ibu dan Muhammad.
Muhammad : Ibu, kalau buat baik, Allah bagi pahala berganda-ganda. Kalau buat jahat, Allah bagi dosa berganda-gandakah?
Ibu : Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Bulan Ramadan , Allah berikan pahala berlipat ganda untuk perbuatan baik tetapi orang buat perkara tidak baik , malaikat catatkan dosa tetapi tidaklah digandakan.
Muhammad: Abang tidak mahu buat perkara tidak baik.
Ibu: Alhamdulillah.

Amalan hanya bulan Ramadan

Ibu : Abang, dalam bulan Ramadhan ini, Allah berikan pahala berlipat kali ganda bagi setiap kebaikan dan ibadat yang kita lakukan. 
Muhammad.: Ya, ibu.
Ibu : Itu sebabnya orang berebut-rebut mahu membuat banyak amal ibadat seperti solat terawih, solat sunat, baca Al-Quran, zikir dan sebagainya.
Muhammad: Ibu, kalau buat semua itu masa bulan Ramadhan sahaja, tidak boleh juga.
Ibu : Betul! Hari biasa pun buat juga. Bulan Ramadan, tambah lebih lagi.

Thursday, April 18, 2013

Hati abang yang mulia


Ibu : Abang, bawalah air ke sekolah, tambah lagi kalau ada IMIS. Boleh juga bawa biskut atau roti sebagai bekalan tambahan kalau-kalau abang lapar dan makanan di kantin tidak cukup.
Muhammad: Tidak perlu ibu.
Ibu : Bukan apa, abang perlu banyak minum air dan perlu makan juga. Ibu tidak mahu abang berlapar di sekolah.
Muhammad: Tidak perlu ibu. Cukup abang bawa diri abang, beg abang dan hati abang yang mulia yang mahu belajar ke sekolah.
Ibu : ???????? 
Muhammad: Betul ibu? Abang bawa hati abang yang mulia mahu belajar ini sudah cukup.
Oh baru faham. Ini kes 'terserap' kata-kata ibu kepada Muhammad sebelum ini " Apabila mahu belajar segala dugaan boleh dihadapi)
Terngia-ngia- hati yang mulia. Hehehe!