Sunday, July 29, 2012

Ibu dan kerja

Izz : Ibu sudah siap semak kertas?
Ibu : Belum. Banyak lagi.
Izz : Tidak mengapa,ibu. Ibu buat sikit-sikit. Sikit-sikit lama-lama habislah. Bukanlah sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ya ibu.
Ibu : Hehehe! Ya, sikit-sikit lama-lama habis. Tapi ibu tiada moodlah.
Izz : Jangan begitu,ibu. Ibu buat sahaja perlahan-lahan. Nanti pasti siap.
Ibu : Pandainya abang nasihatkan ibu. Abanglah penguat semangat ibu.

Lapar sebulan tidak sama dengan lapar berbulan-bulan

Izz : Ibu, abang tidak rasa lapar.
Ibu : Baguslah begitu.
Izz : Tapi abang rasa letih sedikit.
Ibu : Ibu pun letih. Yang baiknya, kita dapat merasai pengalaman orang susah dan miskin. Hal ini boleh menginsafkan kita. Kita menjadi manusia yang lebih bersyukur.
Izz : Tapi ibu, kita tidak dapat rasai pengalaman orang miskin yang sebenarnya.
Ibu : Kenapa pula?
Izz : Kita hanya puasa sebulan. Mereka pula lapar berbulan-bulan.
Ibu : Ha'ah. Ada juga yang bertahun-tahun hidup miskin.

Izz atau robot

Izz : Kenapa ibu pandang abang begitu?
Ibu : (Tersenyum)
Izz : Ibu, kenapa?
Ibu: Ibu rasa bersyukur dapat anak...dapat abang sebagai anak ibu.
Izz: Kenapa?
Ibu : Abang anugerah Allah
Izz : Sebab abang baik.
Ibu : dan nakal juga
Izz : Ibu, kalau ibu dapat anak yang sempurna, tentu hidup ibu 'boring'
Ibu : Hehehe! Macam dapat anak robotlah jawabnya.

Friday, July 27, 2012

Sakit perut dan pahala

Izz : Ibu, abang sakit perut, elok balik dan sakit perut balik. Sekarang sudah elok.
Ibu : Alhamdulillah.

Izz : Ya! Alhamdulillah. Ibu, bulan puasa banyak berkat.
Ibu : Ya.
Izz : Allah bagi pahala dan Allah bagi peluang untuk dapat pahala.
Ibu : Benar.

Izz : Ibu, abang berpuasa dan Allah tolong abang melakukannya.
Ibu : Alhamdulillah!
Izz : Ibu, puasa buat perut abang sihat.
Ibu : Alhamdulillah!
Izz : Alhamdulillah! Cium ibu! (lalu tunduk mencium pipi ibu) abang pergi dulu,ibu.
Ibu : Ya Allah! Jadikanlah anakku ini anak yang soleh!

Thursday, July 26, 2012

Cikgu yang marah-marah

Izz: Ibu, kenapa ibu diam?
Ibu : Ibu sedang berfikir.
Izz: Ibu fikir tentang apa?
Ibu : Ibu sedang fikir bagaiman cara mahu menasihati anak murid ibu.
Izz : Ibu perlu tegas. Marah sikit ,baru mereka mahu dengar.Ibu tidak boleh lembut-lembut.
Ibu : Kenapa pula?
Izz : Budak-budak tidak mahu dengar kalau cikgu cakap lembut. Kalau cikgu marah dan garang baru mereka hendak dengar.
Ibu : Sebab apa jadi begitu?
Izz : Kalau cikgu marah baru mereka takut.
Ibu : Tapi ibu tidak mahu anak murid ibu takut pada ibu. Ibu mahu mereka hormat. Ibu mahu ikut teknik Nabi. Abang pun tidak perlu ibu marah. Abang dengar cakap ibu, bukan?
Izz : Tapi kadang-kadang abang pun tak dengar cakap ibu.
Ibu : Setiap orang melakukan kesilapan. Ibu doakan agar Allah ampunkan dosa abang.
Izz : Sayang ibu.
Ibu : Sayang abang juga.

Monday, July 23, 2012

Izz menjadi penasihat


Izz : Ibu, kenapa ibu menangis? Ibu sedih?
Ibu : (mengangguk-angguk kepala)
Izz : Kenapa ibu sedih? Ibu sedih , abang pun sedih juga.
Ibu : Tadi, sebelum solat ibu rasa mengantuk sangat dan terdetik hati ibu untuk solat kemudian. Tapi ibu paksa diri untuk solat juga. Itu sebabnya ibu menangis. Ibu rasa berdosa pula. Waktu mahu solat, ibu pula rasa mengantuk. Syukur Allah hilangkan mengantuk ibu ketika ibu mula solat.
Izz : Bukankah itu perkara baik?
Ibu : Perkara baik?
Izz: Yalah. Ibu rasa begitu, itu perkara baiklah. Setiap manusia melakukan kesilapan,ibu. Allah ampunkan dosa ibu.
Ibu : Ya Allah! Sesungguhnya Izz pengarang jantung dan penawar hati ibu. jadikanlah anakku ini anak yang soleh, dan menjadi pemimpin yang alim dan teguh dalam menegakkan agama-Mu. Amin!

Saturday, July 21, 2012

Izz dan dobi kain


Izz : Ibu, hari ini ibu tidak basuh kain kat luar? (Ada pakaian ibu yang hanya boleh dibasuh menggunakan tangan sahaja dan ibu basuh di beranda rumah)
Ibu : Ibu letih. Ibu basuh kain lain yang boleh guna mesin basuh.
Izz :Tidak mengapa. Abang tolong basuh kain ,boleh?
Ibu : Tidak perlu.
Izz: Bolehlah ibu. Abang tolong basuh baju ibu. Ibu tolong ajar apa nak buat. Kalau salah ibu tegur.
Ibu : Betul abang hendak basuh baju ibu?
Izz : Ya, ibu. Tapi ibu ada sama. Ibu boleh tengok abang basuh kain.
Ibu : Oklah. Sambil ibu sidai kain, abang boleh basuh kain ibu dalam besen besar.
Izz betul-betul basuh kain ibu. Dia sabun, dia bilas dan dia gantung pada penyidai. Ibu hanya tolong sidai pada penyangkut baju.
Ibu : Abang tolong ibu basuh kain. Abang tolong ringankan kerja ibu. Abang juga puasa. Ibu doa abang  dapat pahala berlipat kali ganda daripada Allah..
Izz : Abang ringankan kerja ibu. Abang dapat pahala. Abang juga seronok. Abang boleh main air. Abang boleh mandi di luar.
Oh! itu rupanya pendorong abang untuk tolong ibu.