Saturday, July 21, 2012

Anak yang soleh

Ibu : Ini tafsir Al-Quran. Dalam ini ada penerangan tentang makna ayat-ayat dalam Al-Quran
Izz : Oh! Jadi, kita boleh tahu makna setiap huruf. tapi ustaz kata ada huruf yang hanya Allah yang tahu maknanya.
Ibu : Ustaz betul. Abang lihat ini. Alif, Laam,Miim.- Allah jualah yang mengetahui erti dan maksud huruf-huruf ini.
Izz : (Mengangguk-anggukkan kepala)
Ibu : Ibu bacakan ayat ini ...(Ayat 3 Surah Al-Baqarah ) dan ini maknanya- orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib. Abang tahu apa itu ghaib?
Izz : (Hanya diam)
Ibu : Kita tidak dapat lihat Allah tapi kita percaya wujudnya Allah.
Izz : Abang tahu.Kita percaya adanya Allah. Kita percaya adanya malaikat.
Ibu : Ya betul. Satu lagi tanda orang yang beriman ialah mendirikan sembahyang.
Izz : Abang solat , ibu. Abang puasa dan abang solat.
Ibu : Ibu doakan abang menjadi anak yang soleh. Tahu tak? Salah satu perkara yang kita bawa apabila kita mati ialah doa anak yang soleh. Doa abang nanti akan bantu ibu apabila ibu mati nanti.
Izz : Ibu jangan sebut pasal mati. Abang tidak suka.
(Air matanya mengalir)
Ibu : Kita perlu ingatkan mati supaya kita hidup dengan sebaik-baiknya. Kita gunakan waktu hidup untuk beribadah kepada Allah. Abang, berusaha untuk menjadi anak yang soleh,ya!
Izz : Ibu pun berusaha menjadi anak yang soleh.
Ibu : Ya. Ibu pun mahu bantu opah dan tok abah. Ibu mahu doakan untuk mereka juga.
Izz : Abang doakan untuk ibu dan ayah.
Ibu : (Cium Izz.) Sayang abang.
Izz : Sayang ibu juga.

No comments:

Post a Comment