Saturday, August 4, 2012

Izz dan orang-orang yang taat

bu : Abang dengar ibu baca ini (Membaca Tafsir Al-Quran, Surah An-Nisaa':69).. iaitu nabi-nabi...
Izz : Ibu, kita boleh jumpa nabi. Kita boleh lihat wajah nabi yang sebenarnya,ibu?
Ibu : Ya!...dan orang-orang yang Syahid...
Abang, orang-orang yang syahid ialah orang-orang yang meninggal ketika memperjuangkan Islam.
Izz : Orang yang memperjuangkan Islam? Mereka pun ada dalam syurga,ibu?

Ibu : Ya, abang. Orang yang syahid itu Allah masukkan dalam syurga.
Izz : Ooo (Wajah yang teruja) Orang yang mempertahankan Islam akan masuk syurga.
Ibu : ...dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang ta'at)...Abang, taat kepada Allah bermaksud menurut perintah Allah. Dalam masa yang sama ,kita menjauhi larangan-NYa, misalnya, minum arak dan berjudi.
Izz : Abang tak akan minum arak dan berjudi.
Ibu : Ibu doakan pun begitu.
Izz : Buat apa minum arak. Minum arak dosa besar. Minum arak buat kita lupa. Minum arak buat kita buat perkara-perkara yang tidak elok.
Ibu : Ya, abang.
Izz : Berjudi itu buat rugi saja. Kalau kita ada duit banyak, kita berjudi, kita buang duit saja. Kita hanya ikut nasib. Mana boleh ikut nasib saja, ya ibu?
Ibu : Kita tidak boleh berserah pada nasib sahaja. Kita perlu berusaha apabila kita mahu mencapai sesuatu. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang taat.
Izz: Ya,ibu. Sayang ibu.
Ibu : Sayang abang juga.

No comments:

Post a Comment